Wednesday 6 June 2012

lumrah kehidupan...........

cinta.
tidak mudah difahami dan diertikan.
malah boleh menjadi punca ketidakpuasan hati.
selagi hidup berdasarkan cinta, 
tanpa matlamat, tanpa tujuan,
pasti diri, gundah gulana.


andai di suatu masa cinta itu tiada,
adakah dunia akan huru hara ?
adakah kekacauan akan menjelma ?
berapa ramai manusia akan sengsara ?
tersiksa ? merana ?
tidakkah anda mengetahui bahawa cinta itu buta ??


namun begitu,
jika cinta yang dilahirkan itu adalah cinta yang sejati,
hakiki, dan abadi,
berbahagialah setiap insan di muka bumi ini,
tanpa perlu menyakiti,
tanpa perlu disakiti,
tanpa perlu dibenci,
nescaya, tiada apa yang boleh menghancurkan harapan terhadap cinta yang sejati,
iaitu, cinta kepada ilahi....................

rintihan kehidupan

Dunia ini ibarat pentas lakonan,

Manusia itulah pelakon dan pengarah utama nya,

Al-Quran dan As-Sunnah itulah skripnya,

Malaikat itulah jurugambarnya,

Islam itulah jalan ceritanya,

Kiamat itulah kesudahan pengambarannya,

Padang Masyhar tempat penganugerahannya,

Rasullah S.A.W adalah penerima anugerah terbaik,

Allah Subhanna Wataala adalah hakimnya,

Syurga atau Neraka adalah trofinya...
 


Wednesday 4 April 2012

karya 3

gelora jiwa,
membuat setiap manusia yang berada di muka bumi ini senantiasa tidak tenteram,
jiwa kacau !
fikiran bercelaru !
apakah ini semua ?


sesungguhnya,
gelora di hati tidak dapat ditunjukkan,
kepahitan di hati tidak dapat diceritakan,
hanya dari dan tuhan saja yang mengetahui,
sakit, pedih, dan derita diri ini.


segalanya kian berubah,
hati yang sakit bisa sembuh,
hati yang sengsara ada penawar,
kerana semua kesakitan, kesengsaraan ada penawarnya.

karya 2

dunia,
semakin ramai umat manusia yang semakin leka dan alpa,
dek kerana kepesatan pembangunan,
dek kerana peningkatan taraf hidup,
semua manusia leka.

manusia,
leka dan alpa mencari kemewahan dunia,
leka dan alpa mencari kenikmatan hidup,
sehingga lupa pada Yang Maha Pencipta.

sekian lama,
arus kemodenan rancak bercambah,
umpama cendawan yang tumbuh tatkala hujan membasahi bumi,
gaya hidup semakin berubah,
anak-anak muda sudah mula melupakan asal mereka,
bersosial,
berparti,
terikut dengan budaya-budaya barat,
malah ada juga yang memurtadkan diri mereka,
kerana pegangan agama yang kian rapuh.

oleh itu,
sedarlah,
kita hidup di dunia ini adalah pinjaman semata,
kehidupan di dunia adalah sementara,
yang menanti di sana,
sebuah kehidupan yang abadi lagi hakiki.

bangunlah,
pertahankan dunia yang semakin bercelaru,
teguhkan pegangan yang kian rapuh,
teruskan usaha untuk menjadi seorang Muslim yang berjaya,
di dunia dan di akhirat,
demi Allah,Rasulullah dan Islam yang tercinta.

karya 1

hati,
merupakan sesuatu yang sangat indah jika kita menjaganya,
menjadi indah pabila kita bergembira,
menjadi gundah di kala kita sengsara.


namun,
jika ianya sentiasa dibelai dengan kasih sayang,
bahagia menjelma.
jika ianya dibelai dengan sifat tercela,
sengsara menerpa.


oleh itu,
jagalah ia sepenuh hati,
terapkan ia dengan kebaikan,
jauhkan ia daripada kemungkaran.


pasti hidup akan aman sentosa,
sehingga kiamat menjelma.