Wednesday 6 June 2012

lumrah kehidupan...........

cinta.
tidak mudah difahami dan diertikan.
malah boleh menjadi punca ketidakpuasan hati.
selagi hidup berdasarkan cinta, 
tanpa matlamat, tanpa tujuan,
pasti diri, gundah gulana.


andai di suatu masa cinta itu tiada,
adakah dunia akan huru hara ?
adakah kekacauan akan menjelma ?
berapa ramai manusia akan sengsara ?
tersiksa ? merana ?
tidakkah anda mengetahui bahawa cinta itu buta ??


namun begitu,
jika cinta yang dilahirkan itu adalah cinta yang sejati,
hakiki, dan abadi,
berbahagialah setiap insan di muka bumi ini,
tanpa perlu menyakiti,
tanpa perlu disakiti,
tanpa perlu dibenci,
nescaya, tiada apa yang boleh menghancurkan harapan terhadap cinta yang sejati,
iaitu, cinta kepada ilahi....................

rintihan kehidupan

Dunia ini ibarat pentas lakonan,

Manusia itulah pelakon dan pengarah utama nya,

Al-Quran dan As-Sunnah itulah skripnya,

Malaikat itulah jurugambarnya,

Islam itulah jalan ceritanya,

Kiamat itulah kesudahan pengambarannya,

Padang Masyhar tempat penganugerahannya,

Rasullah S.A.W adalah penerima anugerah terbaik,

Allah Subhanna Wataala adalah hakimnya,

Syurga atau Neraka adalah trofinya...