Wednesday 4 April 2012

karya 2

dunia,
semakin ramai umat manusia yang semakin leka dan alpa,
dek kerana kepesatan pembangunan,
dek kerana peningkatan taraf hidup,
semua manusia leka.

manusia,
leka dan alpa mencari kemewahan dunia,
leka dan alpa mencari kenikmatan hidup,
sehingga lupa pada Yang Maha Pencipta.

sekian lama,
arus kemodenan rancak bercambah,
umpama cendawan yang tumbuh tatkala hujan membasahi bumi,
gaya hidup semakin berubah,
anak-anak muda sudah mula melupakan asal mereka,
bersosial,
berparti,
terikut dengan budaya-budaya barat,
malah ada juga yang memurtadkan diri mereka,
kerana pegangan agama yang kian rapuh.

oleh itu,
sedarlah,
kita hidup di dunia ini adalah pinjaman semata,
kehidupan di dunia adalah sementara,
yang menanti di sana,
sebuah kehidupan yang abadi lagi hakiki.

bangunlah,
pertahankan dunia yang semakin bercelaru,
teguhkan pegangan yang kian rapuh,
teruskan usaha untuk menjadi seorang Muslim yang berjaya,
di dunia dan di akhirat,
demi Allah,Rasulullah dan Islam yang tercinta.

No comments:

Post a Comment